Wednesday, 2 June 2021

Tips Belajar Di Tingkatan 6

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 25 Februari 2020 dengan PNGK 3.33. Sejujurnya, saya ingatkan saya akan dapat lebih rendah daripada tu disebabkan keputusan setiap sem yang turun naik.

Pelajar yang mendapat PNGK 3.00 ke atas akan menerima keputusan di atas pentas dengan memakai jubah. 
Sekarang, saya ingin berkongsi tips yang saya amalkan sepanjang  saya belajar di tingkatan 6. Asasnya ada dua perkara je iaitu HABLUMINALLAH dan HABLUMINANNAS. 

1. HABLUMINALLAH (hubungan manusia dengan Allah) 
  • Menjaga solat fardhu

Sebenarnya, saya masih dalam proses menjaga solat lima waktu saya iaitu dengan tidak meninggalkannya dan solat di awal waktu. 
  • Berdoa

Seperti kita tahu, sujud terakhir dalam setiap solat merupakan waktu mustajab untuk berdoa. Saya akan selalu berdoa pada sujud terakhir solat iaitu "Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam menuntut ilmu." Oh ya! Tak lupa juga, saya akan selalu berniat di hati sebelum keluar rumah iaitu 
بِسْمِ اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه , Ya Allah, aku keluar ni kerana Engkau untuk menuntut ilmu, maka kau samakanlah perbuatanku sama dengan niatku " Walaupun pada awal2nya kita tidak ikhlas tetapi rutin ini akan mengetuk pintu hati yang keras ni huhu. percayalah!
  • Membaca Al-Quran

Kebiasaannya, saya dan adik-beradik akan membaca Al-Quran bersama-sama ibu kami selepas solat maghrib. Kami akan membaca 2 muka surat Al-Quran mengikut giliran dan ibu kami yang akan membetulkan bacaan kami.
  •  Melakukan solat sunat

Saya dan kawan-kawan saya berusaha untuk melakukan solat dhuha sebanyak 2 rakaat pada waktu rehat di sekolah.

2. HABLUMINANNAS (hubungan manusia dengan manusia lain)
  • Ibubapa

Saya tidaklah mengatakan saya ini anak yang baik tetapi saya masih sedang berusaha dalam menjaga hati kedua ibubapa saya. Saya akan mengambil masa pada waktu petang untuk menolong ibu saya memasak selepas pulang dari sekolah. Kita semua tahu bahawa keredhaan ibubapa terhadap kita sangat penting. Bukankah keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibubapa terhadap kita? 😊
  • Guru

Saya selalu menganggap guru-guru di sekolah sebagai ibubapa kedua saya di sekolah. Saya akan berusaha untuk tidak menyakiti hati mereka dan tidak ponteng kelas. Saya akan cepat-cepat hapuskan perasaan dendam terhadap mereka sekiranya saya ada terasa dengan guru-guru saya. Sejujurnya, saya selalu berasa kasihan melihat mereka jadi tidak sampai hati untuk menyimpan dendam. Yelah, kebanyakkan guru-guru tingkatan 6 sudah berumur.😅
  • Kawan-kawan
Saya akan cari kawan yang betul-betul mempunyai niat untuk belajar. Kebiasannya, kami akan 'stayback' di sekolah setiap hari sampai petang. Kami akan menyiapkan kerja sekolah dan ulangkaji semula topik yang tidak kami faham. Kami juga akan berusaha pergi ke perpustakaan awam sekali seminggu pada hari Sabtu atau Ahad.  

          Tak lupa juga, bila dah nak dekat final exam, kebiasannya kami akan video call pada awal pagi              lebih kurang pukul 4 untuk belajar bersama-sama. Ia juga sebagai motivasi untuk mengajak                  sesama kami untuk belajar. kalau saya, saya lebih selesa belajar pagi2 daripada stay up. (orang              cepat mengantuk mcm ni la xD)

          terima kasih saya ucapkan kepada alia, aida, afiera dan sahabat2 yg lain. korang banyak bantu              saya semasa tingkatan 6. terima kasih :')

 Terlalu banyak kisah pahit dan manis yang takkan saya dapat lupakan. InShaaAllah. Ada ke yang nak tau pengalaman saya? Kalau ada boleh komen di ruang komen. 😊




  

Saturday, 14 March 2020

Resepi Sambal Hijau

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum semua!😀


Harini saje nak berkongsi resepi sambal hijau sementara tunggu keputusan masuk universiti untuk lepasan STPM. Maaflah, saya ni baru nak berjinak-jinak masuk dapur. Jadi, boleh la kita berkongsi pandangan dan tips masakan di ruang komen. 😄

Bahan-bahan: 
  • 6 tangkai cili padi
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
  • Air asam jawa
Cara-cara penyediannya:


1. Cili padi ditumbuk dan ditambahkan dengan sedikit garam.






2.Potongkan bawang merah besar menjadi dadu. Tumbukkan sekali lagi dengan cili padi.






3.Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.






4. Masukkan air asam jawa setelah naik bau. Kemudian, tambahkan secubit garam dan gula. Masukkan ikan.





Alhamdulillah, Siap sudah~


Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi membaca blog saya ni. Resepi ini adalah berdasarkan pengalaman saya memasak dan video-video masakan yang pernah saya tengok. Kalau sudi, boleh komen di bawah. 😉