Assalamualaikum semua!😀
Harini saje nak berkongsi resepi sambal hijau sementara tunggu keputusan masuk universiti untuk lepasan STPM. Maaflah, saya ni baru nak berjinak-jinak masuk dapur. Jadi, boleh la kita berkongsi pandangan dan tips masakan di ruang komen. 😄
Bahan-bahan:
- 6 tangkai cili padi
- Garam
- Gula
- 1 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
- Air asam jawa
Cara-cara penyediannya:
1. Cili padi ditumbuk dan ditambahkan dengan sedikit garam.
2.Potongkan bawang merah besar menjadi dadu. Tumbukkan sekali lagi
dengan cili padi.
3.Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
4. Masukkan air asam jawa setelah naik bau. Kemudian, tambahkan secubit
garam dan gula. Masukkan ikan.
Alhamdulillah, Siap sudah~
Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi membaca blog saya ni. Resepi ini adalah berdasarkan pengalaman saya memasak dan video-video masakan yang pernah saya tengok. Kalau sudi, boleh komen di bawah. 😉




