Saturday, 14 March 2020

Resepi Sambal Hijau

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum semua!😀


Harini saje nak berkongsi resepi sambal hijau sementara tunggu keputusan masuk universiti untuk lepasan STPM. Maaflah, saya ni baru nak berjinak-jinak masuk dapur. Jadi, boleh la kita berkongsi pandangan dan tips masakan di ruang komen. 😄

Bahan-bahan: 
  • 6 tangkai cili padi
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
  • Air asam jawa
Cara-cara penyediannya:


1. Cili padi ditumbuk dan ditambahkan dengan sedikit garam.






2.Potongkan bawang merah besar menjadi dadu. Tumbukkan sekali lagi dengan cili padi.






3.Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.






4. Masukkan air asam jawa setelah naik bau. Kemudian, tambahkan secubit garam dan gula. Masukkan ikan.





Alhamdulillah, Siap sudah~


Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi membaca blog saya ni. Resepi ini adalah berdasarkan pengalaman saya memasak dan video-video masakan yang pernah saya tengok. Kalau sudi, boleh komen di bawah. 😉

2 comments:

  1. nanti boleh la saya masak ikut resepi ni 🥰 thank you sbb kongsi resepi. lepas ni buat asam pedas pulak boleh tak 😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha InShaaAllah, try la. Saya share biasa2 je ni. hehe

      Delete